Seri Dewi Malam

…mistreated.misplaced.misunderstood…

Crouching Tiger Hidden Dragon

Memandangkan FB sekarang ni masing2 berlumba mengembangkan dakwah islamiah maka aku pun ngan senang ati deactivate la akaun tu. Bukan sebab aku takut ngan stalker, hahaha, be my guest – sila silakan no problem at all… Tapi sebab aku antara orang yg dapat mesej…  Atau kira wahyu la… suruh aku mengunakan fb ni berlandaskan syariah islam, bukan utk berhibur atau me”lawa”kan diri tapi untuk berdakwah selain meninggalkan perkara2 lagha lg sia sia dlm FB ni. Si tukang hanta? Hancus, adaka masa marah guna icon babi untuk suami sendiri. So how?

Aku ni agak susah nak meluruskan jalan yg bengkang bengkok apalagi jika dipandukan orang yg sendiri senget. Sebab aku sendiri tak suka dengar cakap orang… Aku dengar cakap aku je… Walaupun orang yg aku sayang, lagila high class ngade ngade aku buat. Disuruh datang, aku datang…  Tapi aku tak tunggu… Macam semalam la, aku gi KL semata mata nak buat u-turn. Apasal aku tak buat u-turn kat Ipoh je terus kan? Ye lah, dah org tu suh gi KL sg besi tapi x bagitau nak tunggu mana.

Dah la panas, terus muka aku berubah gini:

image

Angin satu badanla… Abis takde tahan tahan punya. Dulu yelah, orang baik, aku tunjukla jinak, dah banyak kes yg x boleh dimaafkan, boleh la aku tunjuk taring plak kan? Sekurang-kurangnya i am proud to be me. I am me and i’m original, i am mean, vicious and most of the time bitchy. So, don’t treat me like someone else, i wont wait for 8 years okay!

Speaking of original, tadi ternampak pendant dragon kat habib. Alamak, teringinnya… Tapi ada orang tu boleh tanya ni ada melayu pakai ke? Erk. Prejudice!!! Cuba yg aku tanya tu loket arnab ke, loket butterfly ke, mesti dia tak tanya gitu kan? Kenapa? Kenapa x boleh suka dragon. Aku dibesarkan dengan starcraft jadi aku suker spesies zergs ala ala sea dragons tu. Eh, sea dragons wujud ye, bukan mitos.

image

Menatang ni ada kat langkawi aquaria dulu sebelum kene sabotaj. Kecik je besar tapak tangan. Tapi aku percaya, mesti ada species yg besar yg orang nampak dan ingat naga tu. Mesti ada kan. Kalau tak masakan tasik chini tu dulu orang citer ada naga. Dongeng kah? Kalau dongeng, siapakah yg rajin mengarutkan cerita naga ni?

Back to the pendant, aku pun tak jadikla nak beli… (silap, pujuk org tu utk belikannnn)  Sebab orang tu kata cam ganas je… Eh, tak creative langsung. Cantik per loket naga tu, atau loket harimau… Tapi arimau takde. Rimau kayu adala…  Tengah main golf kutt. Anyway, bukankah kita bebas utk mencorakkan imej kita??.. Tak kisahla kalau kita nak pakai cincin kat jari telunjuk *ehemm*… Bukanker zaman dulu kala cincin dipakai di jari telunjuk oleh raja raja dan dukun je? Dipopularkan balik zaman sekarang oleh yahudi sebab dia nak jual cincin hippies dia dan kita pon boleh ar eksen macam dukun…  Dukun atau mak lampir je la kot kalau tak kene pesen. Takkan nak nampak cam king kot? King kong atau musang king buleh la… ;p

May 11, 2012 - Posted by | Uncategorized

Sorry, the comment form is closed at this time.

%d bloggers like this: