Seri Dewi Malam

…mistreated.misplaced.misunderstood…

The Machines

Menurut kwn aku, panggilan akak ni ala ala datin ler dlm dunia blogger, so kita takleh marah biler org panggil kita AKAK okayyy? Tapi kalau muke tu garisan kedut panjang mengalahkan garisan khatulistiwa, agak agakla nak panggil aku akak kan? Tak kesahla, janji aku vogue.

Speaking of vogue, aku dah beli ultrabook yg dimimpi-mimpikan tu.. Ni dia:

image

Aku beli ni kat KL, selepas dapat permission bosss yg sgtla berattt hati sebab aku ni ngade ngade tiap tiap tahun nak laptop baru. Sebelum beli, aku makan dulu kat Rasa Utara… Dengan siapa lagi, adalah orang tu kan..

image

Apa specialnya makan kat sini? Aku pon tak tahu, tapi biler kita makan ngan orang yg special, makan megi goreng kedai nak runtuh tepi jalan pon terase istimewa je kan?? Especially biler org tuh bawak iPad yg telah memberi khidmat special kepadaku… Huhuhu. Thank u Apple kerana telah membangunkan perkakasan dan perisian yg sangat bermanfaat. Thanks to sapa ntah yg telah mencipta tcp/ip kerana tanpa internet pudarlah dunia kita… Mcm dok dlm gua.. Thank you Yahoo! and many more emails creator, tanpamu tak dapatlah aku curikkk baca email email tuh. Dan last but not least thanks to my boss, yg bayar internet data plan iPad ni. Mcm x kena aje kan bila company bayar internet service utk org yg xde kene mengena? Eh, secara tak langsung, aku berhak pakai la kan? Sebab company bg kat aku, aku plak bg kat org lain…

Lepas makan dan sambil tunggu mamat toshiba tu configure my new laptop, aku pusing2 ngan sayang kat area situ. Eh bukan sayang, tapi “orang” tu… Pastu ternampak pulak sarung cover bear utk Galaxy Note aku, yg sungguh menarik hati… Orang tu tak berkenan, dia kata besar… Dan keras… Mcm x berapa elok pula kalau aku cakap aku mmg suka yg besar dan keras. Tengok aku mcm jakun je, dia pon belikanlaa…

image

Ni dia Rilakkuma black bear… Bila aku masuk opis client, sumer ingat mainan apa aku bawa, sibokla masing masing nak pegang… Dah pegang tu compliment la sikit kan, ini tak, diorang kata, besar dan berat, u nak baling dog ke? Kang aku cakap “aar sebelum i baling dog, i baling kat u dulu boleh, tengok u boleh tak imitate tergolek dog cemana??? “. Tapi sebab client kan aku sengeh sengeh je la, control ayu… Kang dia xnak bayar aku, bos aku tarik balik ultrabook ni kang.

Ok back to ultrabok, malamnye aku x tido la sibuk mengulit ultabook yg hanya sekilo je beratnya ni.  Benda pertama yg wajib ada dalam ultrabook aku of course x lain x bukan Starcraft II. Sebab Alienware aku yg high end spec tu pon ada Starcraft jugak..

image

Ultrabook - Starcraft installation

Macbook pun ada Starcraft jugak. But if u asked me, the winner amongst them -between Alienware the high end gaming machine, Ultrabook the thinnest medium spec machine and Macbook Air, i’d say Macbook is the winner. No kidding, but it sucks in performing clerical work especially open source office documents… Lepas dah install install it’s time to test run the ultrabook performance. I have nooo complaints towards my toshiba ultrabook kecuali satu, kipas dia mengeluarkan haba panas kat hujung so basically u can’t call it a laptop. Panas peha aku bila riba. Aku pulak jenis bila kerja, laptoo tu diriba-riba, dipeluk-peluk… Cemana nih? I cannot tell my boss this one big flaw. Soooo i am back to Alienware yg berat tu… 

image

Alienware dalam cubaan menginstall WoW

Laptop yg berat ni memang tiptop xde masalah, tapi berattt je… Aku pun mencarik idea cemana nak kasik aku bertambah semangat nak keje ngan Alienware ni..  So aku pun register la World of Warcraft.  Siap bayar nih… Tapiiii internet mcm penyu… Terpaksalah aku sambung kat opis…

So, sayang, u nak Ultrabook i?

April 18, 2012 - Posted by | Uncategorized

Sorry, the comment form is closed at this time.

%d bloggers like this: